Saturday, August 14, 2010

Sistem Sistranet versi 1.0 Makmal Komputer





Projek : Sistem Intranet Makmal Komputer (SISTRANET)
Platform : JOOMLA CMS

Penerangan :
Sistem Intranet Makmal Komputer (Sistranet) dibangunkan menggunakan teknologi JOOMLA CMS. Sistranet versi 1.0 ini adalah projek Unit ICT Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) bertujuan membudayakan ICT dalam P&P. Sistranet cuma boleh diakses di sekitar sekolah SK Parit Haji Aman (kelas, bilik guru, pejabat, kantin, surau, padang dll) kerana ia berkonsepkan LAN (Local Area Network) atau WLAN (Wireless Local Area Network).

Ciri-ciri SISTRANET
:

1. Guru tidak perlu memasukkan CD Courseware, cuma perlu akses Wifi dan buka url http://server/sistranet di dalam kelas/makmal/bilik sains.

2. Guru Muzik tidak perlu mengusung radio, cuma perlu laptop dan akses Wifi. Semua CD lagu KBSR telah dimigrasi masuk ke server. Buka url dan cari seksyen berkaitan.

3. Tayangan video dalam darjah menjadi lebih mudah kerana semua fail telah dimigrasi masuk server dan diconvert ke fail flv atau wmv.

4. Menjimatkan masa guru menyediakan bahan P&P terancang kerana semua bahan disimpan dalam satu hub dan boleh diakses di mana-mana sahaja asalkan dalam kawasan sekolah SK Parit Haji Aman.


Tahun Dibina : 2010

URL : http://server/sistranet atau http://10.129.200.66/sistranet (diakses di rangkaian Schoolnet SK Parit Hj Aman sahaja)