Monday, September 27, 2010

Persembahan Multimedia Biodata Tuan Haji Yusoff Bahari, Guru Besar SK Parit Haji Aman




Persembahan multimedia Biodata Guru Besar SK Parit Haji Aman, Tuan Haji Yusoff b Bahari. Antara yang terbaik pernah penulis hasilkan. Menggunakan gabungan beberapa aplikasi multimedia dan video editing yang popular dewasa ini. Majlis Persaraan Tuan Haji Yusoff b Bahari diadakan pada 24 September 2010.

Saturday, August 14, 2010

Sistem Sistranet versi 1.0 Makmal Komputer





Projek : Sistem Intranet Makmal Komputer (SISTRANET)
Platform : JOOMLA CMS

Penerangan :
Sistem Intranet Makmal Komputer (Sistranet) dibangunkan menggunakan teknologi JOOMLA CMS. Sistranet versi 1.0 ini adalah projek Unit ICT Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) bertujuan membudayakan ICT dalam P&P. Sistranet cuma boleh diakses di sekitar sekolah SK Parit Haji Aman (kelas, bilik guru, pejabat, kantin, surau, padang dll) kerana ia berkonsepkan LAN (Local Area Network) atau WLAN (Wireless Local Area Network).

Ciri-ciri SISTRANET
:

1. Guru tidak perlu memasukkan CD Courseware, cuma perlu akses Wifi dan buka url http://server/sistranet di dalam kelas/makmal/bilik sains.

2. Guru Muzik tidak perlu mengusung radio, cuma perlu laptop dan akses Wifi. Semua CD lagu KBSR telah dimigrasi masuk ke server. Buka url dan cari seksyen berkaitan.

3. Tayangan video dalam darjah menjadi lebih mudah kerana semua fail telah dimigrasi masuk server dan diconvert ke fail flv atau wmv.

4. Menjimatkan masa guru menyediakan bahan P&P terancang kerana semua bahan disimpan dalam satu hub dan boleh diakses di mana-mana sahaja asalkan dalam kawasan sekolah SK Parit Haji Aman.


Tahun Dibina : 2010

URL : http://server/sistranet atau http://10.129.200.66/sistranet (diakses di rangkaian Schoolnet SK Parit Hj Aman sahaja)

Friday, July 16, 2010

Kursus Facebook dan Blogspot untuk Pengetua dan Guru Besar Zon Bagan Serai


Kursus pendek 7 hingga 8 Julai 2010 lepas di Pusat Kegiatan Guru Bagan Serai (SK Bagan Serai) berlangsung dengan jayanya. Seramai 14 orang peserta rata-ratanya dari zon Bagan Serai, Perak hadir dan berjaya menghasilkan laman blog dan akaun facebook mereka.

Peserta-peserta terdiri daripada barisan Pengetua dan Guru Besar, yang majoritinya meminta agar kursus ini diadakan khas untuk mereka.

Penceramah iaitu Encik Amir Amran (PKG Bagan Serai) dan Encik Azharul Faiz (SK Parit Haji Aman) mengagihkan kursus pendek ini kepada tiga (3) bahagian utama iaitu:
a. Pengenalan kepada Blogspot
b. Pengenalan kepada Photoshop
c. Pengenalan kepada Facebook

Walaupun kursus ini hanya berlangsung selama 1 1/2 hari, peserta berjaya mengikuti segala handson yang ditunjukkan.

Berikut adalah alamat blogspot para peserta:
1. www.chandarasekaran.blogspot.com
2. www.choohengfoo.blogspot.com
3. www.xianggan.blogspot.com
4. www.premahsubra.blogspot.com
5. www.cikguyeophjmat.blogspot.com
6. www.cikguzulkipli.blogspot.com
7. www.cikgutarli.blogspot.com
8. www.hamidjum.blogspot.com
9. www.drlahkhir.blogspot.com
10. www.darmanvijaya.blogspot.com
11. www.maktehfaridah.blogspot.com
12. www.rosenee-iman.blogspot.com
13. www.ngkimeai.blogspot.com
14. www.puziahadan.blogspot.com

Berikut pula adalah alamat facebook peserta (username):
1. www.facebook.com/hengfoo.choo
2. www.facebook.com/ngkimeai

Lain-lain peserta sudah membuat akaun facebook, tetapi tidak sempat setting username seperti di atas. Peserta boleh dicari melalui menu carian seperti biasa.

Tahniah kepada semua peserta! Kursus perlu dilanjutkan ke fasa pemurnian kerana hanya kemahiran asas yang dapat diajar dalam tempoh singkat tersebut :D

Sumber : Laman Sesawang SK Parit Haji Aman (Portal eLearning)